Sejak terpisahnya aku dan Milo,
Aku tidak punya idea untuk menulis,
Tulisan aku semuanya tidak menari-nari indah,
Seperti sewaktu Milo bersama aku..
Milo memberi aku 1001 inspirasi,
Untuk aku berkarya..
Setiap tawa yang dia kirimkan ,
Hiba yang dia kirimkan,
Semua itu aku luah dalam sebuah tulisan,
Mereka tersenyum membacanya ..
Kerana itu juga yang mereka rasa ..
Kerana mereka juga sedang berkasih ..
Hari berpisahnya aku dengan Milo,
Aku menjadi tidak berupaya ,
Lama waktu aku perlukan untuk melupakan Milo...
DAN kini,
Muncul pula Mocha ..
Sama seperti Milo ,
Warna sama , rasa sama ..
Tapi sayang .. punca aku berpisah dengan Milo..
Juga akan menjadi punca aku berpisah dengan Mocha..
Kini Mocha mengganti Milo,
Setelah setahun aku sendirian ,
Dia hadir tepat pada waktu,
Tapi Mocha itu udah ada cawannya..
Hanya waktu yang menentukan..
Jika Mocha itu akan beralih cawan..
Tapi tak mungkin..
Aku bukanlah jenis itu..
Aku tidak akan menolak cawan itu hingga jatuh dan pecah..
Biarlah Mocha terus bersama cawan itu..
Kalau satu hari nanti dia memilih aku..
Aku katakan itu semua kehendak Allah..
Apa yang berlaku adalah kerna Allah..
Aku percaya rasa ini juga datang kerna Allah..
Terima kasih Mocha kerna kini kau telah menjadi sumber inspirasi aku untuk menulis.
Terima kasih Mocha kerna kau sudi berkongsi sedikit rasa kasih itu pada aku.
Mocha ^_^
Adinda Atie, 20 Mei 2012 8:36am
1 comment:
Moga suatu hari nanti kau akan mencari kebahagiaan dengan sendiri. Moga bahagia dengan Mocha kau :)
Post a Comment