Kadang kadang aku rasa aku perlu terus berada di ruang gelap itu..
Kerana kegelapan itu yang membahagiakan aku..
Apabila aku berada disini .. aku mengalami tekanan
Aku tak dapat menjadi diri aku..
Aku bukan aku..
Aku rindukan aku yang dulu..
Yang berada di ruang gelap itu..
Kegelapan yang bahagia..
Disinari lampu berwarna warni
Terang gelap ..
Alunan muzik dimainkan..
Dikelilingi orang-orang yang khayal dek air yang Keras..
Menari ikut hati..
Syaitan itu terus membisik..
Kembalilah kau ke ruang gelap itu..
Tiada bezanya kau kini dan dulu..
Syaitan itu terus ketawa
Kau begini..lagi ramai memijak kepala kau..
Mereka anggap kau tidak mampu bersuara..
Mereka terus permainkan kau..
Syaitan gembira bercerita
Yang aku ni bodoh..
Sanggup menjadi kereta kawalan jauh..
Di tekan butang L , gerak kiri ..
Butang R , gerak kanan..
Ya benar , Syaitan benar
Aku bodoh ..
Tapi aku perlu kuat..
Aku tak patut pulang ke ruang gelap itu..
Ruang gelap itu kebahagiaan sementara saja..
Aku selesa disini..
Ditemani Allah SWT..
Adinda Atie : 11/06/2012 : 12:46 am
No comments:
Post a Comment