Assalamualaikum ,
Maaf pada yang bertanya , ya aku sedari ini adalah tempoh yang agak lama aku tak update blog .
Tapi bukan aku tak cuba , terlalu sedikit masa yang ada untuk aku dalam suatu hari ..
Bagi aku 24 jam sangat tidak mencukupi , untuk hadiri kelas , siapkan tugasan minggu dan tumpuan tugas akhir.
Tidak ketinggalan untuk menjaga hati kawan , keluarga , dan mungkin DIA ?
Alhamdulillah dia memahami , dia ada waktu aku perlukan ..
Menemani hari gelapku sewaktu berperang dengan assignment .
Cuba mengukir senyumku waktu aku telah lelah buat tugasan
Kenapa aku tulis macam ni ?
I'm in Assignment mood.. aku dah lama tak guna bahasa ringkasan
Kenapa perlu rosakkan bahasa kita ?
Cewah padahal selama ini aku gunakan jugak.
Aku sendiri tak tahu tujuan aku menulis..
Mungkin ingin mengadu nasib ..
Tapi ini memang dunia seorang pelajar ..
Mengejar dateline , dan ingin waktu tidur..
Yang mana bagi aku , tugas aku sebagai pelajar lagi rumit dari pekerja sebenar
Demi tugasan kelas Research
Aku tak tidur kerana mendapatkan artis yang sudi membantu
Hari Rabu lepas , kelas dari jam 12 hingga 5 ..
Aku mempunyai interview untuk assignment jam 4
Berkejaran aku dari kolej ke lokasi ..
Dan Khamis'nya aku terima bantuan dari kumpulan SOFAZR pulak
Alhamdulillah , hiburan aku pada zaman sekolah sangat membantu waktu kini
Tugasan Film Business . Sound Production
Tiap minggu disajikan report assignment : proposal , profile
Diselitkan untuk persediaan presentation
Tak lupa juga dengan shooting product
Script radio drama .. recording
Haaaaaaaaaaaaaa :(
Aku ingin waktu dulu
Punya waktu sedikit untuk berhibur
Tidak terlalu mengejar dateline
Tapi mungkin kesibukkan aku ni
Perlu ditambah lagi dengan kesibukkan lain ?
Tapi adakah aku cukup berani untuk menangung risiko semua ini?
Hari ni hingga Ahad aku di Penang..
tanpa menyiapkan assignment yang perlu dihantar Isnin depan
Kalau kalian Lecturer aku , adakah alasan aku berada di Penang
Akan dimaafkan ? Tidak !!
Itu bukan alasan , yang penting tugasan hantar .
Ya Allah , terima kasih kurniakan
Beberapa insan untuk mendengar luahan hati aku
Walau aku akan lesap bila aku gembira
Tapi mereka sedia berkongsi bila nampak kesedihan aku
Aku masih tak jumpa punca aku menulis panjang lebar
Aku hanya ingin lapangkan dada aku
Aku ingin memaki orang ..
Aku inginkan pengertian ..
Aku inginkan penjelasan ..
Terus berdiam ? atau bersuara ?
Diam tidak selesaikan masalah..
Bersuara akan menambahkan masalah.
...........................................
No comments:
Post a Comment