Wuut wuut ,
Saat aku menulis ini aku tahu bahawa seorang sahabat aku sedang keliru,celaru dengan rasa hati sendiri . Aku tahu rasa itu , aku pernah lalui itu . Dan sememangnya kesakitan itu tiada siapa boleh fahami . Seorang sahabat aku yang kuat , kau mampu lakukannya tanpa dia disisi . Fikirlah yang baik , dia pergi mencari rezeki untuk kau dimasa depan . Kau jugak cakap dia anak mak , jadi ? Biarlah dia belajar berdikari hidup sendiri . Kau mampu lakukannya , janganlah menghilang dari pandangan dia . Dia perlukan kau walau dari jauh . Percayalah .
Mungkin kau tak kenal aku sewaktu aku terpaksa berpisah dengan insan yang aku sayang,dia menyambung pelajaran dekat Australia . Pedih sangat pedih , tapi aku masih berada di sisi dia sampai di KLIA . Rabak tak perlu cakap , mata merah sehebat mungkin. Keluarganya yang bersama dia dari dilahirkan tidak faham apa yang aku rasakan walaupun baru 5bulan bersama . Kisah lama tak perlu aku cerita lebih lanjut . Mungkin kau boleh tengok pada post lama dulu , ada kisah dia .
Ya sahabat , aku faham kau sayangkan dia . Dia banyak berada disisi kau sejak kau kehilangan Ayah kau . Tapi sahabat , dia tak hilang kan ? Kau masih boleh berhubung dengan dia agar kau rasa dekat selalu . Jangan jauhkan hati kau , sebab tu ada pepatah JAUH DIMATA DEKAT DIHATI .
Sahabat , aku tahu kau kuat ! Aku yakin kau mampu ! Jangan sia2kan perjuangan kau yang masih belum selesai , dan jangan kau matikan perhubungan yang lama kau pegang. Dari awal kau mampu bertahan disaat dia hilang tiba-tiba, kenapa bila dia memberitahu kau, kau tak mampu ? Ya, kau boleh cakap aku tak faham perasaan kau. Tapi sahabat , disaat aku menulis ini aku menangis .. kenapa ? Sebab aku tahu betapa rapatnya korang berdua .. aku ada dengan korang didalam kereta,rumah,berjalan.. aku tahu tu .
Sahabat , aku menangis mungkin kerana cemburu .. mungkin kerana aku turut bersedih. Sahabat hargailah dia , jangan biarkan dia pergi begitu saja .
Salam dari aku seorang sahabat , jangan risau aku sentiasa ada untuk kau :)
ps : Fik ilang 3hari pon aku sedih , aku meroyan .. aku faham tu . tapi kena strong sayang !.
No comments:
Post a Comment