06 June 2010
Contest FS : Review : Lagenda Budak Setan
Review ni sebenarnya utk mendapatkan RM50 dari Fairuz Selamat :p tapi sebenarnya aku buat review ni sebab aku memang nak buat..nak kuarkan segala ilmu yang aku dah belajar selama 3 semester ni..aku nak tahu sama ada aku benar2 faham apa yang Sir aku ajar selama ni..heee :) Kalau dapat RM50 pon okeyh gak kan awak?hahaha.
Sebenarnya aku nak tengok cerita ni dgn adik2 aku..Amelia and Ejah..tapi dorang mcm xcontact aku..tanpa membuang masa..aku pegi je panggung dekat belakang umah tu :p . Ahakz..baru je kuar panggung ni terus aku semangat nak buat review..baca je la ape yang aku nak mengarut yeahhh?? Hahaha.
PADA PANDANGAN AKU
Lagenda Budak Setan telah berjaya merubah pandangan orang ramai,bahawa cerita melayu sebenarnya tak perlukan effect CGI untuk mendapat penonton yang ramai.Memang aku terkejut waktu nak beli tiket,dah full :-/ . Terpaksa beli waktu yang seterusnya,tu pon tinggal SATU SET COUPLE SEAT..nak tanak ?? Rembat sajalah..nanti melepas susah. Punya ramai dalam panggung tu..ahakz kami ketawa sama2..kami menangis sama2..how sweet izit suasana dalam panggung tu?? Aku mengaku aku tak layan sangat Novel ni..sebab kat rumah aku banyak collection Budak Momok je :p . Citer ni kiranya cerita adaptasi dari sebuah novel..kita ada banyak jenis adaptasi,tapi yang banyak wujud dekat Asia ni dari novel ke filem..Filem ke novel pun ada gak :p . Selalunya penceritaan dalam novel lebih detal dari filem. Filem hanya cuba mgambarkan apa yang penulis novel tu sampaikan. Oleh sebab aku xbaca novelnya xmampu la aku nak bercakap banyak pasal adaptasi ni kan.. tapi adaptasi yang baik apabila ia bgabung dgn imaginasi dan kreativiti si pengarah. Bagi aku cerita ni dapat sambutan hangat walaupun baru 3hari ditayangkan. Oleh ramai dah mula kecoh riuh dengan cerita ni. Macam2 pandangan orang berikan, aku pun bakal memberi pandangan aku. Walaupun ramai yang menyukai cerita ni,tapi ada beberapa part yang aku tak gemar.
Sinopsis
Jangan terkejut dengan sinopsis aku. Sinopsis yang baik hanya mpunyai 25 patah pkataan. Bagi aku cerita ini sebenarnya Mengenai Kasyah,seorang lelaki yang meminati bidang fotografi dan dia menyerahkan cintanya kepada seorang gadis yang bernama Ayu. Thats it..itu je keseluruhan cerita ni sebenarnya. Dimana dalam sinopsis yang aku berikan itu,kita nampak matlamat Kasyah dalam cerita ni.
Tema dan Persoalan
Ok aku sangat terasa aku sedang buat soalan final exam . Hahaha...tema citer ni aku rasa budak tadika pun tahu.Iaitu cinta..dan bagi aku inilah satu2nya cerita cinta yang mampu buat aku seorang diri tanpa menghiraukan kiri kanan aku ada orang. Aku dapat merasakan cinta Kasyah yang mendalam. Sedang kusyuk tengok..kadang2 aku terasa aku adalah Ayu. Hey,bila aku nak dapat lelaki macam tu heh?? Kasyah,menerima cabaran dari Ayu utk mintak maaf kepada smua mangsa2 dia dan baru Ayu maafkan dia. Kasyah terima cabaran itu dan masuklah Plot point 1 utk cerita ini,iaitu Kasyah mgambil keputusan utk berubah dari Setan ke budak baik.. wahh ni screenwriting punya hal aku sudah bawak masuk :p . Persoalan dalm cerita ni banyak kot yg buat aku tertanya2..knp mak dia sakit mcm nk mati,tapi akhirnya tak mati2? Wakaka gurau2 :p . Oklah macam semua boleh nampak persoalan dalam watak Azmi,dimana dalam struktur screenwriting..dia memegang watak antagonis. Kita tahu dia cintakan Ayu,tetapi menjadi persoalannya kenapa dia sanggup pukul Ayu bila Ayu menyuarakan kata hati dia? Kalau ye pon panas baran,hey tak payahlah kau nak hentak2 dia.Kesian dia.Ouh ok,over emotion..tak baik utk kesihatan.Tapi betul aku menangis dalam panggung tadi.Hahahaa :p
SKRIP
Skrip cerita ni..bagi aku dia mpunyai struktur yang baik. Dimana aku nampak bila watak utama buat keputusan utk plot point,dimana mid point smua tu. Errr,korang paham ke ape aku cakap? Buat2 faham je la..aku pun bukan baik sangat dalam kefahaman skrip ni..tapi sekadar apa yang aku belajar, yeah skrip dia mudah difahami..ahakz..ayat2 dia pun sempoi. Tapi agak tak best,sebab dia xde suatu ayat yg dgunakan olehh watak utama dan disebut berulang2 kali yang boleh buat orang terikut2 dan kenang sampai bile2..sebagai contoh dalam Adnan Sempit.. "Biase Bro.." dan bahasa2 "der.." menjadi ikutan sejak Adnan Sempit ditayangkan. Kalau cerita LBS ni ada benda tu,pasti ia akan lebih kuat.. oh, mgkin ayat yg dilafazkan oleh Azmi akan ada org ikot :p Sebab aku pun dah terikut2..yang dia cakap "Aku sayang kau bodoh.Napa kau buat macamni..aku sayang kaula".. sayang ke Azmi? Awak pukul2 dia..itu sayang ke? Heh! Over emotion lagi :p .
SHOT
Sebenarnya aku nak citer psal sinematografi,tapi belum belajar lagi.So xberapa faham sangat. Jadi aku memilih utk sentuh bab Shot je..aku tanak fikir orang lain.Aku fikir mata aku je.Aku memang tak selesa bila dorang buat Close Up..lagi2 bile part Ayu n Kasyah..ketinggian tak sama,so bile nak nampakkan muka Kasyah sangat,di Ayu nya muka dah macam tenggelam sikit..ape salahnya buat medium close up? Grrr! Haha..suka hati aku je cakap macamni kan? Sorry yer..jangan saman.Pandangan saya utk RM50 je ni :p . Ermm ape lagi heh? Sebenarnya banyak shot cantik..aku suka tengok part dorang kat bukit tu..shot dia buat aku rasa..aku berada di kawasan tu..berada di sebelah dorang..hey melampau ni :p Hhahahaa. Tapi kan kalau aku ar director,aku nak part Ayu eksiden tu buat edit yang cam divide screen,means Ayu eksiden Kasyah bangun terkejut sampai berpeluh ke kan? Memang dia tunjuk Kasyah bangun,tapi tak cukup thrill la :p Ehh.over pulak..hahaa :) Ngee,saya director muda yang baru belajar..takut salah jadi xmo sentuh banyak2 bab Shot..hey apa2pun lighting citer ni smart kot..aku suka time Kasyah dalam bilik..time tu gelap je..tp ade sikit light dekat Pipi dia :p Comel la Kasyah.
Lakonan
Untuk lakonan pulak..utk part Kasyah,Ayu(Lisa) dan Azmi..memang tak boleh dinafikan.Perasaan yang dorang rasa itu sampai kpd aku sbg penonton. Perasaan sayang Kasyah,penerimaan Kasyah thadap Ayu yang dh tlanjur. Time tu sumpah aku dah.. "Nak Kasyah.." . Azmi berjaya buat aku benci diri AZMI, sampai waktu ending dia datang kubur tu aku rasa nak masuk frame nak tolak2 dia.Dia tak patut berada dekat situ.Dia nak buat apa lagi kat situ?? Hehh menyampah aku. Untuk Ayu(Lisa) pulak , bertuahnya jadi dia kan? Hehehe xbyk komen sgt psal dia..cuma aku xpuas hati watak dia abes mcmtu je. Untuk Ayu ( yang ganti tu ) ...ahaha aku xtawu nama dia..sorry :p . Aku cam xdpt terima sgt kehadiran dia,sbb kalau boleh even buat pbedahan plastik pun aku nak Lisa yang kembali..isk..tapi ok je la lakonan dia,wlaupun kadang2 aku terasa macam dia tlalu keras pun ada. Utk watak lain , Raja Farah,Fazura,Nubhan,Zoey,dan watak2 lain jgk..walaupun part mereka tak banyak. Tapi setiap apa yg mereka lakukan,boleh di ingati. Suka part Raja Farah time awal2 dia masuk frame. "Ayu..ayu kenapa dengan kau ni.." ... "Tersedak CICAK" ... haha dari situ kita tahu,dia dah tlalu masak dengan perangai Kasyah. Fazura lak..time dia first jumpe Kasyah,dari mata dan senyum dia,kita dapat rasa. Dia menyukai Kasyah,tapi aku tumpang frust bile Kasyah bagitahu Kasyah nak kawen :p
Audio (tgk blog Fairuz ade :p )
Errr gedik jgk aku nk sentuh Audio,tapi aku tak belajar lagi..Tapi bile aku tgk cara Fairuz huraikan..so aku fahamla sikit..yeah betul cakap Fairuz yang OST dia je yg boleh dibanggakan. Bagi aku OST dia sedikit sebanyak menyentuh hati aku,bila keluarnya montaj2 percintaan Kasyah dan Ayu bersama lagu tersebut.Aku mampu mbuat muka 50sen..ngeee. Sedih kot,nak download lagu tu nanti. Tapi mgkin ada yg tak sedar,pada waktu Kasyah kena pukul dengan org suruhan EX BF Fazura yg GAY tu,sebelum tu kan ada bunyi2 suara anjing. Aku fikirkan nak bagitau dia kena kacau dgn hantu kot,yerlah kita tahu kan Anjing akan myalak memekak bila nampak benda2 pelik tu..rupanya mise-en-scene yang aku fikirkan tpesong sama sekali..dia kena rimbuk la pulak..and sebenarnya aku ingat org suruhan Azmi yang rimbuk dia..sekali lagi aku tpesong disitu..sebab bagi aku cam xlogik,sbb Fazura baru kenal Kasyah..and xde pulak dorang duk dating2 ke pegi shopping ke tapi tibe2 ex bf dia suruh orang rimbuk dia..hehh! :p
Kesimpulan
LBS best :) . Aku sukaa,aku nangis,hey aku nak bercinta la..nak ade BF mcm Kasyah.Nak jugak..ahaha. Keseluruhannya,pelakon berjaya mbawa peranan yg pengarah bagi.Pengarah pula berjaya memahami apa yg Ahadiat Akasha mahukan. Walaupun dia dah tulis BAHAGIAN 1 TAMAT , untuk menunjukkan pasti ada sambungan..aku xkira if dia xtulis pun mmg aku suruh dorang sambung. Ngeee btw,siapa yang belum tengok..pergila tengok oke? Best laa.. heee ape lagi heh? Ermm mgkin part Nubhan and kawan2 patut diperbanyakkan lagi..maksud aku,part dorang sikit sangat and kenakalan Kasyah sekejap sangat..bak kata Izyan,kalau buat part nakal Kasyah 3jam pun dia sanggup tengok.Hahaha :) Eh,cukuplah sekadar disini.Aku terasa ini adalah entri terpanjang aku buat masa ini.Hahaha
RATE
3/5 STAR
PESANAN RINGKAS
1 ) Aku nak RM50 tu :p
2 ) Aku nak tengok lagi.
3 ) Aku nak nangis lagi.
4 ) Nak BF macam Kasyah..suka dia sangat2.
5 ) Nak cari novelnya?????
Oh lupa utk dapatkan RM50 kena tag orang :p
Oleh itu saya dgn penuh kehormatan memilih :
1) Izyan
2) Amelia
3) Kak Zareen
Untuk membuat review ini :)
Oklah.terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam,
terdapat beberapa kelemahan nyata di dalam filem ni since filem ini bukan filem lawak.
jika anda sudi ke blog saye utk melihat review saye ttg filem ini http://shukjessa.blogspot.com.
kisah cinta tak perlukan cgi melainkan ianya melibatkan dongeng yang impossible utk dilakukan dgn lahiriah yang ada.
saye sarankan anda baca novelnya, tak rugi =)
if u read the LBS novel 1st, believe
me u nye review msti xcmni ..
sile la bc novel die.this is my review ..
http://ilovehereyesmile.blogspot.com
hey. aku pwon x sabar mau tngok.
the novel is really good.
dia kluar time aku kecik lagi.
dan sangat tebal
time kecik ada baca but x hbis.huhu
tp memang best.
skrg novel tue x di release lg..
hopefully akan ada merchandise tie - in dalam bentuk novel for this film.
Post a Comment