12 November 2011

Hati Berbicara ..

Assalamualaikum wbt ,

Entry aku kali ni tak tuju pada sape2..hanya peringatan diri sendiri . Aku tak tahu sepanjang mana aku akan menulis tapi terpulang kalau ingin membaca dan tak paksa pon.

Sejak kebelakangan ini aku diduga dengan berita kurang enak utk didengar dan bagi aku semua itu adalah satu petunjuk untuk diri aku .. hati aku sering rasa serabut tanpa sebab dan aku hanya meluangkan masa aku dgn mendengar ayat2 suci di youtube .

Aku insan yg lalai selama ini .. sejauh mana kelalaian aku ALLAH SWT tahu. Aku tak mahu salahkan sesiapa dalam hal ini .. adakah arwah Abah ? Mama aku ? ataupun abang kandung aku kerana tidak menegur aku ?? Hanya ALLAH SWT berhak mjatuhkan hukum siapa yg bsalah .. dan bagi aku tiada siapa yg boleh kata "anak rosak..mak bapak tak ajar la tu.." . Kita tak tahu perkara benar jd jgn nak pandai2 beri hukum begitu .

Kelalaian aku kerana aku sendiri .. disekolah dah belajar agama .. dikolej belajar..malah di TV pun ada tunjuk .. itu tak boleh ini tak boleh .. tapi tetap buat .. sengaja memilih untuk mgotorkan/mhitamkan hati sendiri .. lama2 hitam terus .

Aku rasa jauuuuuuuh sgt dgn ALLAH SWT .. dan bila aku cuba dekat aku rasa sedih sebab dari dulu sepatutnya aku boleh dekat dengan dia tapi tak , aku hanya cari dia bila ditimpa musibah .

Aku terbaca bahawa seorang wanita itu sgt mudah untuk menuju Syurga .. Ya Allah hanya dgn solat 5waktu , jaga iman , jaga aurat,jaga kemaluan , hormat ibu bapa , hormat suami..insya'allah Syurga tempatnya dan apabila seorang wanita itu melahirkan anak..segala dosanya akan di'ampunkan .. nauzubillah.. itu yg aku baca.

Walau begitu mudah menuju Syurga..kita masih nak bebankan seorang ayah,suami,abang,adik lelaki kita utk tanggung dosa kita..dgn tidak solat..tak menjaga aurat dan pelbagai lagi . Ya aku masih belum sempurna , aku sendiri sedang cuba menjaga smuanya .

Kalau nak ikotkan banyak lagi aku nak tuliskan , tapi entahlah .. ada orang kata "relaxlaa takan nak berubah mendadak..drastik??nanti apa orang kata pulak." .. Jangan hirau apa org kata..sebab nanti waktu penghitungan..xdenya kau boleh mintak relax dlu..mintak hitung slow2.. fikir2lah .

Aku tak cakap aku sudah sempurna amalnya , dan apa yg aku tulis .. aku tahu akan ada yg mgata sebab mereka kenal teruknya aku dulu ,ataupun masih ada yg berfikir aku teruk . Terpulang ..

Aku teringat satu masa dulu , ada seorang sahabat mengajak aku berubah ke-arah kebaikkan . Telinga aku panas dengar dia berceloteh .. aku faham kalau ada antara kalian yg panas hati bila baca entry ni.. aku faham kerana itu tandanya HATI KITA SANGAT HITAM DENGAN DOSA dan SYAITAN SEDANG BERADA DEKAT..bisik pelbagai kata agar kita marah .

Para sahabat..saudara/saudari yang membaca .. aku perlukan bantuan , sedikit saja..MAAFKAN AKU .. siapa tahu ni akan jadi entry trakhir aku ? Ajal maut , jodoh pertemuan di tangan ALLAH SWT .

ps : Kalau kita jaga aib orang , ALLAH SWT akan jaga aib kita .

2 comments:

abgDude a.k.a kai said...

bertaubatlah selagi pintu taubat masih lagi dibuka..

......IKLAN.........

salam..
jom join event anjuran saya..
sila klik SINI

Anonymous said...

syukurlah dah insaf. jangan dilayan dan bergelumang sangat dgn dunia hiburan yg penuh maksiat dan lagha itu. sekadar berpesan.