Assalamualaikum ,
Setelah beberapa hari hilangkan diri , Alhamdulillah Allah memberi aku kekuatan untuk terus hidup dengan hadirnya Baby dalam hidup ini .
Baby yang hadir ini aku percaya satu ujian untuk aku , kerana terpaksa menjadi ibu dan bapa pada Baby walaupun aku belum berkahwin .
Walau kekadang aku tengah moody tapi bila dengar dia merengek , nak rasa stress ke nak marah ke nak melenting ke ? Aku pon tarak taw . Tapi biasalah tu Baby kan , dah merengek nak makan la tu .
Bancuh susu..sumbat..haaah diamlaa dia. Hik2 :)
Tapi paling tak tahan , tengah syok tidur .. japgi kul 1 pagi dia nak susu .. gaya nak lelap kul 3/4 dia nak susu lagi .. sampai ler kepagi . Memang dugaan , tapi aku anggap ini sebagai satu latihan paling bermakna untuk aku . Ada anak sendiri nanti dah boleh hendel , tak pon time tu gerak suami je . Hik2 .
Aku akan menjaga Baby ni selagi dengan izinNYA dan cinta dariNYA . Insya'allah .
No comments:
Post a Comment