Posted on Friday, March 06, 2009
Aku mangsa cabulan emosi
Aku sangkakan aku sudah cukup memahami perempuan.
Rupa-rupanya ternyata meleset! cuma disebabkan wujudnya seorang perempuan dengan sifat unik yang buat aku keliru dan pilu. Aku berasa seolah emosi aku sedang dicabul, didera dan dikhianati tanpa belas.
Tiada pernah terlintas langsung suatu hari seorang perempuan yang kukenali selama tiga tahun dan selalu ku tatang dan sokong setiap kali dia tergadah dalam percaturan hidup dan hubungan akhirnya merobek emosi aku sebegini.
Kami tiada apa-apa hubungan intim atau dengan erti kata lain bukanlah pasangan kekasih. Cuma sahabat online dan teman gosip. Disebabkan jarak umur yang jauh berbeza aku juga mengasihi dia sebagai seorang adik.
Dirinya turut Ku sanjung, hargai dan kerap menyokongnya dari belakang tanpa musykil dan berbelah bagi demi kepercayaan serta keyakinan padanya.
Tetapi baru-baru ini aku dapati dia tiba-tiba berubah. Tidak lagi ghairah melayaniku dalam ym, kadangkala langsung tidak online (atau invi), blognya didelete, kemudian dibukanya pula blog baru yang lebih serius tetapi kandungan entry yang selalu diedit dan dibuang.
Aku hairan tetapi masih tidak menyangka aku menjadi salah satu punca. Aku bersangka baik ,mungkin dia hanya perlu masa sendiri dan hanya gangguan emosi sementara yang biasa dialaminya sebelum ni. Aku cuba menegur tetapi dapat rasakan kedinginan menerpa.
Akhirnya dia luahkan dalam blognya tentang kecemburuannya apabila ada melihat mesej shoutmix perbualan aku dengan seorang temanku yang mana teman itu memanggilku 'syg' dan aku membalas 'hun' sebagai ganti namanya. Teman itu sudah kukenali lebih lama dari perempuan itu dan kami memang rapat.
Terkedu aku. Perkataan itu bagi aku normal dan flirty. Juga aku difahamkan yang dia turut cemburu apabila aku bergurau secara flirty dalam mesej komen blog sahabatnya.
Aku kaget kenapa dia terasa. Adakah aku kekasihnya? Tidak. Bercinta jauh sekali. Kalau benar pun aku sudah tidak philophobia dan mahu bercinta kembali dengan sesiapa pun adakah itu salah? adakah itu bermakna aku mengkhianatinya dan tidak boleh lagi meneruskan persahabatan dengannya?
Adakah aku tidak bebas mengekspresi apa saja yang aku kehendaki semata-mata perlu menjaga hatinya. Aku tak faham. Walhal aku pun pernah malah selalu flirty dengannya. Dia of all people yang sepatutnya memahami dan tau cara aku dan tidak prasangka. Aku tidak terasa hati pun malah redha bila acapkali dia melupakanku tatkala sedang asyik dengan idola, teman dan abang-abang angkatnya yang lain.
Timbul juga rasa tidak adil kerana dia bebas berbuat apa saja. Dia bebas flirt dan intim dengan sesiapa saja yang dia ingini tetapi bila aku yang hanya mengucapkan 'hun' dan gurauan flirty dengan orang lain.. dia boleh pula terasa dan sensitif. Adakah aku perlukan permisi untuk berkawan dengan orang lain selainnya? Apa aku tak layak berkawan ramai?
Kenapa aku? apa salah aku? itu yang selalu bermain dalam diri aku sehingga sekarang. Setelah aku cuba tegur, menasihati dan memberi pandanganku dia lantas menghilang. Blognya didelete (atau mungkin buka yang baru). Tidak lagi follow blogku (tetapi masih kekal follow blog-blog orang lain).
Ini menunjukkan aku seolah bersalah padanya. Padahal hakikat sebenar akulah mangsa keadaan. Aku cuma menjadi aku. Adakah itu salah? Adakah dia berasa dirinya sempurna dan maksum, bebas berbuat apa saja, boleh memiliki semua yang dia inginkan tetapi jika orang lain berbuat perkara yang sama tidak boleh sama sekali.
Ini tidak adil!
Memang ini semua di luar jangkaan aku. Memang sejak mengenali dia aku tidak sangka persahabatan akan berakhir begini. Aku pernah mendengar kisah darinya perihal insan-insan yang telah dibuang dari hidupnya..
..Tidak ku sangka kini aku menjadi salah seorang dari mereka..
Sedih.
AKU TERKAKU DAN TERDIAM , KENAPA AKU BERTINDAK BEGINI.
OMG!!AKU TAK SANGKA AKU TELAH MENGECEWAKAN DIA..
ERMMMMMMMMM....
1 comment:
babe ,
go and find him back or you'll lose the one who reallt care bout u .
seriously , if i'm at ur shoes .
i won't do that babe .
dia sygg kaw apa adanya kot .
kesian dia .
i knw kaw sengaja bt cemtu ,
but dah tiba masa kaw pulihkan balik hbgn korg .
;)
pegi cari balik dia okay !
Post a Comment