Pernah tak,
satu masa dulu kita suka sangat
dengan seseorang.
Tiap-tiap hari
nak tengok muka dia saja.
Tiap-tiap
masa nak dengar cerita pasal dia
saja.
Kalau orang tak nak sembang
pasal dia pun, kita saja suka nak
sebut tentang dia.
Ungkitlah macam-
macam cerita lama-lama, asal saja
kita sebut nama dia.
Semuanya tentang dia.
Kadang-kadang kalau nak berjumpa
ramai-ramai, kita berharap dia pakai
baju sama warna dengan kita.
Biar orang lain cakap
"Wah, macam berjanji jer."
atau
"Wow, korang ni ada apa-apa ke?"
Dan kita pun jadi suka sangat kalau
perkara tu terjadi.
Macam dilambung atas awan rasanya.
Senyum sampai tak nak surut.
Sukalah sangat rasanya.
Tapi, bila keadaan berubah...
perasaan kita juga turut berubah.
Bila kita rasa perasaan kita dah
berubah terhadap dia, mulalah rasa
malas sangat nak dengar pasal dia...
apa lagi nak bercerita pasal dia.
Benci sungguh-sungguh.
Kalau dulu
cinta seratus persen, bak kata Mas
Idayu... sekarang sudah tukar pula...
benci seratus persen pula.
Kadang-kadang okey juga kalau
mampu jadi begitu. Kita tak perlu
lagi berharap pada si dia itu.
Kalau boleh lupa terus lagi senang.
Kalaulah semudah itu untuk
melupakan. Orang kata, kalau nak
jatuh sayang pada seseorang tu,
cukup hanya dalam beberapa saat
atau minit atau hari sahaja. Tapi,
untuk melupakan... mungkin ambil
masa seumur hidup.
Sakitkan, bila hati dah bertekad kata
tidak... tapi masih juga ada satu lagi
jalur cemburu.
Bencinya, bila dah
kental berazam untuk tidak lagi
peduli, tiba-tiba pula rasa sedih bila
teringat tentang dia.
Perasaan apa agaknya semua tu?
Sayangkah atau benci? Atau...
sebenarnya kita masih tuli dan tidak
pernah tahu....perasaan itu lilitan di
hati.
membukakan simpulannya, kitalah
yang perlu bertekad untuk
membukanya. Sedikit-sedikit, lama-
lama pasti berjaya.
Daripada hidup
bergenang air mata, lebih baik
belajar melupakan derita. Lebih baik
kan?
No comments:
Post a Comment