15 May 2011

Terakhir kali ...

Wuut wuut ,

To my Prince ,


Maafkan saya kerana menulis warkah ini , saya berjanji ini terakhir kali . Pertamanya,jutaan terima kasih saya ucapkan pada awak kerana pernah pinjamkan hati awak untuk saya bernafas untuk beberapa bulan ini . Saya hargai usaha awak , walaupun hati awak sebenarnya perlu berada ditempat lain .

Terima kasih kerana buat saya rasa disayangi oleh seorang lelaki. Adanya awak,buat hidup saya sempurna . Awak kekuatan saya , awak beri saya semangat untuk terus berjaya dalam apa saja yang saya lalui . Dalam pelajaran, kerjaya saya ,mahupun usaha saya nak diet . Awak akan sentiasa ada untuk berikan semangat awak pada saya , setiap pepatah awak saya semat dalam hati .

Saya akui saya terlalu bahagia sewaktu adanya awak dalam hidup saya . Setiap malam , saya dimanja , dibelai .. membuat saya terbuai dalam anganan sendiri . Senyuman awak , pandangan mata awak buat saya ingin memandang awak setiap saat ..

Awak ,

Awak tahu tak ? Awak lelaki pertama yang buat saya macamni..sebab tu begitu sukar untuk saya relakan pemergian awak . Sakit..biarlah berjuta kali saya ucapkan kata mengalah..hakikatnya saya masih inginkan awak .

Saya banyak nak cakap , tapi cukuplah setakat disini .. hati saya dah lega dapat luahkan semua ini .. saya sakit sangat sebab saya nampak awak tapi tak boleh tegur..sebab dulu awak yang tegur :)

Jujur , saya tak pernah tak sayang awak :)

ps : One moment you made me feel like the luckiest girl alive. Then the next moment, you left me feeling like nothing.

No comments: