11 April 2012

CINTA,KASIH DAN SAYANG HALIMUNAN

Assalamualaikum ,

Rasa yang halimunan .. unik ?
Ya memang unik !

Sama ada aku seorang merasanya .. atau kami berdua rasakannya?
Aku mengaku .. aku mula sedar ..
Tingkah laku aku mula menunjukkan aku sukakan dia ..
Aku mula timbulkan rasa bangang aku .. bahawa dia milik aku

Rasa syok sendiri .. dia layan aku istimewa ..
Rasa sedih bila kena marah dengan dia ..
Rasa kecewa bila buat dia sedih ..
Rasa yang tak patut aku rasa..
Kerana dia bertindak biasa ..
Aku yang rasa sendiri ..

Itu halimunan .. Itu ganjil ..
Tapi bagi aku .. itulah aku .
Itu saja yang mampu aku rasa ..
Rasa itu untuk aku ..
Kerana aku tak mampu memiliki rasa lebih dari itu

Hari ni aku sedih
Sebab aku rasa kami sedang bergaduh .
Aku tak mahu pandang mata dia seperti biasa
Sebab aku bayangkan dia sang kekasih hati
Perlu memujuk aku ..

Ahh tak mungkin berlaku ..
Sebab kami tak bergaduh
Kami tidak berkasih ..

Wahai rasa bangang ..
Jangan hampiri aku ..
Tolong .. bukan masanya ..
Biar dia datang sendiri ya wahai rasa ?
Nanti kau tak perlu halimunan lagi ..

Luah hati pada rasa,
Adinda Atie
11/4/2012 1:21 am

No comments: