Hey Sayang ,
Just a info to share with u guys. AND to Abg Jebat..dis is da info dat u're waiting for..borang atie dh amik..call me if anything there..
Kami FILMUDA menganjurkan Bengkel Produksi untuk mereka mereka yang berminat untuk merealisasikan impian untuk menjadi Pengarah, Penulis dan Pengarah Fotografi didalam sebuah produksi video pendek secara berkumpulan dengan dibantu oleh fasilitator yang berpengalaman.
Kami kecil dan bergerak di dalam bayang, kalau mahu ikut kami, kami hanya mahu mereka yang berani. Sertai Bengkel Produksi ini dan impian melaksanakan sebuah produksi video pendek anda akan jadi kenyataan..
Objektif Bengkel
Memberi peluang kepada peserta mempelajari teknik yang mampu membantu peserta meluahkan idea mereka secara efektif didalam pembikinan filem pendek digital.
Bengkel ini direka khas untuk peserta belajar asas pembangunan cerita & pembikinan filem dengan mudah melalui sessi pembangunan cerita, pra produksi dan produksi yang telah dikenal pasti sebagai faktor utama dalam pembikinan sebuah cerita bergerak.
Dengan pengembangan idea yang akan di artikulasi dengan objektif terhadap babak cerita yang akan dirakamkan, peserta akan didedahkan dengan seni dan teknik pembikinan filem yang mudah dilakukan.
Dengan peralatan yang minima dan bimbingan dari fasilitator, bengkel ini akan merealisasikan filem pendek pertama anda.
Terma & Syarat
1. Bergerak di dalam kumpulan terdiri 4-5 orang ahli.
2. Setiap kumpulan di kenakan bayaran sebanyak RM 500 dengan peralatan pengambaran dan RM300 tanpa peralatan pengambaran sebagai yuran penyertaan.
3. Setiap kumpulan mesti mempunyai cerita sendiri dan mempunyai skrip sendiri.
4. Terbuka kepada 10 kumpulan terawal sahaja.
5. Masa penggambaran bagi setiap kumpulan adalah selama 4 jam.
6. Cerita mestilah tidak lebih dari 10 minit,termasuk ‘Credit Title’.
7. Kumpulan digalakkan membantu antara satu sama lain sewaktu produksi ini berlangsung.
8. Setiap kumpulan harus menghantar 2 wakil untuk Sesi Suai kenal, Pembangunan Cerita, Pra Produksi dan Produksi.
9. Sesi Pos Produksi dikenalikan sendiri oleh peserta.
10. Di akhir cerita, setiap kumpulan wajib meletakkan logo FILMUDA sebagai Produksi Penerbitan.
11. Saiz video tidak lebih dari 1G dan di hantar dalam bentuk file .mov kepada pihak penganjur untuk di jadikan kompilasi dvd.
12. Sebarang perubahan terma & syarat adalah hak mutlak penganjur.
Muat turun borang penyertaan atau hubungi urus setia utk maklumat lanjut
TARIKH PENTING
PENDAFTARAN - 21 NOV 2009
PRA PRODUKSI - 5 DISEMBER 2009 ( hantar 2 wakil utk taklimat awal)
PRODUKSI - 12/13 DISEMBER 2009 ( Shooting 4 jam per produksi)
No comments:
Post a Comment