28 July 2010

DOTTIE..




Ok gelaklah korang puas2 :p


Gambar tu ehsan dari page DOTTIE di FB tapi pic aku tu..diambil dari album Director KLMU 2009 . Boleh lak tersama posing tu ye Cik Dottie ?

Ok apa yg sdg aku sampaikan ? First of all , Since Abang Fatah from Tac Team Astro memanggil aku Dottie dalam studio ritu and nama tu juz like melekat terus dekat aku,sehingga FB aku pon skang Adinda Atie ( Atie Dottie ) how cute izit ? HAHAA

DOTTIE bersiaran setiap isnin 10 malam , ulangannya Selasa 11 t.hari .

'Dottie' dilihat begitu istimewa kerana mempertaruhkan sesebuah watak yang wujud dalam kelompok masyarakat kita tetapi kadang-kala kurang diberi perhatian kerana rupa paras dan saiz fizikal.

Peranan drama ini dilihat secara tidak langsung dapat memberi motivasi kepada orang ramai bahawa saiz tubuh badan bukanlah penentu segala-galanya kerana mereka juga mempunyai kualiti yang tersendiri dan mampu bersaing setaraf dengan orang lain.

Drama bersiri komedi romantik ini membawa penonton untuk mengenali seorang gadis ceria bernama Dottie (lakonan Nor Syuhaida). Pengarah berbakat besar, Ghaz Abu Bakar dan Nizam Zakaria telah menggarap watak Dottie sebagai seorang gadis comel yang berkeyakinan tinggi mengejar impian dan cita-cita untuk menjadi pengacara rancangan TV.

Kecekalan Dottie dan keikhlasannya telah memberi peluang untuk Dottie mencapai cita-citanya. Sikap Dottie yang menyenangkan dan pandai mengambil hati orang di sekelilingnya membuatkan dia disayangi ramai. Tetapi dia juga tidak terlepas dari dicemburui orang. Apatah lagi dia juga mempunyai bakat dalam bidang fesyen serta pengacaraan.

Dottie merupakan anak tunggal Makcik Petir (lakonan Noryati Taib), seorang penjahit baju dan penjual jualan MLM. Makcik Petir tidak menyukai Dottie menceburi bidang penyiaran tetapi lama-kelamaan dia akhirnya mengalah dan menyokong Dottie dalam kerjayanya.

Dottie mempunyai seorang rakan baik iaitu Wati (lakonan Elliza AF). Wati adalah seorang yang cepat melatah, kuat membebel, tetapi dia mempunyai hati yang baik dan amat mengambil berat tentang Dottie.

Dalam diam, Wati menaruh cinta pada Ajis (lakonan Saharrudin Yaacob), lelaki yang hendak dijodohkan dengan Dottie oleh ibu Dottie tetapi tidak tahu bagaimana hendak meluahkannya. Wati adalah seorang yang takut dan sering tunduk pada ketuanya, Madam Gaga.

Madam Gaga adalah ketua bahagian busana di Radius TV. Seorang yang sangat mencintai fesyen, walaupun fesyen yang diketengahkan kadang-kadang tidak masuk akal. Madam Gaga adalah seorang yang bengis, ego, dan tidak boleh melihat orang lain lebih darinya, lebih-lebih lagi berkaitan dengan fesyen.

Ameer (lakonan Sharnaaz Ahmad), anak Tan Sri Azman, pemegang saham terbesar Radius TV, lelaki kacak berusia 30 tahun yang merupakan bapa tunggal kepada seorang anak lelaki bernama Junior. Seorang lelaki yang kelihatan dingin, walaupun dia sebenarnya mempunyai hati yang besar dan sangat baik. Ameer mengalami kekecewaan dalam hidup apabila bercerai dan ditinggalkan oleh bekas isterinya.

Maria (lakonan Marsha) merupakan hos paling terkenal di Radius TV dan rancangannya berada di tangga pertama. Maria cuba untuk mendapatkan perhatian Ameer tetapi Ameer tidak yakin akan cinta yang cuba diberikan oleh Maria, sehinggalah apabila dia bertemu dengan Dottie. Apabila Dottie tiba-tiba muncul dalam hidup Ameer, Maria merasa lebih tertekan kerana saingan tidak segah dirinya.

For this sinopsis thanks to Anizyn :)

Pada mulanya nak mgamuk gak dkt si Abg Fatah .. duk manggil aku gitu..tapi u know wut? Terus pemes HAHAHA .. after 5 hours recording..kluar je dari studio everyone dh mcm Dottie..Dottie..mjerit mcm aku mmg Dottie lak..sampai abg2 astro lain pon manggil aku Dottie time nak balik..

Da sweetest part is , waktu Kecik and Idlan Raja Lawak..mjerit2 dlm studio Dottie..Adinda Atie..Adinda Dottie..mcm2 drg sebut and end up with I LOVE YOU.. haha :) So sweet laa kannn ?

Setahu aku Dottie ni nk sgt jadi pengacara and dia kena lalui mcm2 dugaan la jgk utk mcapai cita2 dia...and aq terasa mcm mmg sama je aku nan Dottie ni kan ? Haha..tahu tak..pandangan org dkt Dottie..kebencian org thadap Dottie dlm cerita ni..aku melaluinya.. artis yg dia minat sgt tu..si Maria..eventho tu pon aku alami..aha tp xde laa sampai aku sgup nk muja artis tu lg lepas dia buat Shit dkt aku kan?

Oklaa sampai sni sajaa kesah arini :)

ps : To Abg Fatah.. siyesly I need dat job..call me pls .. Kak Atin ckp dia nk apply jgk..so bglaa peluang pd kami bduaa yeaa? Heee