29 September 2010

IPTS Songlap duit..

I found this from somewhere ..

Kes-kes besar melibatkan IPTS di Malaysia : adakah IPT khususnya IPTS beroperasi sekadar mengaut keuntungan sehingga mengabaikan kualiti pendidikan serta memperjudikan nasib ribuan penuntutnya : IPTS dah perdayakan orang ramai dan bakal pelajar termasuk membuat surat perakuan pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).


Ade cara khusus tak nak tahu IPTS mana yang betul-betul layak dengan kursus yang diiktiraf MQA? Sebab sekarang ni semakin banyak kes-kes penipuan dari IPTS yang kononnya mendakwa la dorang punya kursus tu dah dapat akreditasi MQA secara penuh, padahal baru dapat akreditasi sementara selepas penilaian awal ! Yang menjadi mangsanya, budak-budak melayu jugak, sebab bangsa Melayu memang excited gila bila dapat surat tawaran daripada kolej-kolej swasta macam ni. Tak kira la kursus ape yang ditawarkan.

Oleh itu, sebagai parents dan pelajar sendiri, berhati-hati masa nak pilih IPTS untuk sambung pengajian. Tengok-engok jugalah kalau ada kursus yang ditawarkan tu macam merepek aje bunyinya dan consider lah tawaran kerja. Macamana nak kerja kalau kita belajar pun tak diiktiraf dan subjek pulak entah hape-hape???


Berita dari paper Utusan Malaysia tarikh 1 September 2010

KUALA LUMPUR 23 Julai - Nasib malang ramai pelajar ditipu institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) seharusnya menjadi pengajaran kepada pelajar lain yang bercita-cita melanjutkan pelajaran.

Berdasarkan maklumat daripada Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), sejak 2007 sehingga Mei lalu, sebanyak 2,192 aduan diterima oleh pihaknya berhubung pelbagai jenis penipuan di IPTS.

Kebanyakannya adakan berkaitan status pengiktirafan kursus yang diambil termasuk penipuan kononnya mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Itu baru yang diterima oleh FOMCA menerusi Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC). Dipercayai lebih ramai lagi pelajar yang tertipu tetapi keberatan untuk tampil membuat aduan.

Setiausaha Agung FOMCA, Muhammad Shaani Abdullah berkata, antara aduan daripada pelajar ialah mengenai iklan mengelirukan mengenai program ditawarkan IPTS berbanding sehingga akhirnya menyedari mereka tertipu.

"Rata-rata aduan adalah berkaitan penipuan IPTS khususnya yang memperdayakan maklumat berhubung status pengiktirafan.

"Sehubungan itu, kami merayu dan menasihatkan semua pelajar yang ingin melanjutkan pengajian supaya menyiasat terlebih dahulu latar belakang sesebuah IPTS," katanya yang juga Pengarah NCCC.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr. Jacob George berkata, pihaknya menerima purata lapan aduan sebulan berhubung penipuan oleh IPTS.

"Ini meliputi kes-kes program pengajian tidak diiktiraf, pembiayaan yuran pengajian mahal, penipuan tenaga pengajar serta kekurangan fasiliti.

"Aduan paling banyak berkaitan pengiktirafan terhadap sijil, iaitu tiada akreditasi daripada MQA," katanya kepada Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, Jacob mencadangkan Kementerian Pengajian Tinggi lebih proaktif mengatasi masalah IPTS yang menawarkan kursus-kursus tanpa akreditasi serta 'tawaran-tawaran program palsu'.

"Tindakan ini akan memberi teladan kepada semua pihak untuk lebih berwaspada menjalankan perniagaan serta menjadi panduan kepada orang awam memilih IPTS yang terbaik buat anak mereka," katanya.

1 comment:

Al-TaMiMI liFe said...

assalamualaikum akak,sy nak tanya akk. sy pun ad mslh ttg "penipuan" ipts ni. dengan sapa sy bey mmbuat aduan?? boleh akk bg suggestion x?