*Blackout*
Terduduk aku depan komputer aku ni. Macam biasalah. Termenung pada entah apa yang aku menungkan.
Writer's block!
Writer's block!
Writer's block!
Memang satu apa pun tak keluar.
Ni kata Abg Bob , selebihnya di blog dia . Tapi aku bukan di arah untuk buat buku,cuma catatan buat sahabat.
Aku selalu membuat catatan sahabat di Muka Buku , jadi kadang-kadang ada sahabat yang meminta untuk aku tulis kisah itu dan ini. Kalau kena pada waktu,itu time jugak aku siapkan .
Itu hari Abg Zamil ada mintak aku buat sebuah cerita , cerita tu terlalu dekat dengan aku dan membuat aku berhati-hati untuk bercerita. Bak kata En.Ajin nak tulis cerita kena yang dekat dengan kita,tapi entah kenapa aku cuba mengubah takdir cerita itu. Aku tak suka ending cerita tu , jadi aku ingin ubah.
Bila aku nak ubah inilah yang terjadi ..
Writer's block!
Writer's block!
Writer's block!
Aku nak salahkan siapa sekarang ? Tak perlu risau , salahkan saja aku . Otak aku terlalu ligat memikirkan benda lain . Aku tak tahu macam mana nak cakap dekat abang,aku nak jadikan kisah ini terbaek jadi aku perlu tunggu momentum yang sesuai untuk menulis kerana pada waktu itu aku takkan berhenti menulis .
Idea Idea Idea !! Tolonglah hadir , saya sayangkan sahabat saya jadi saya mahu tuliskan warkah yang diminta .
ps : nak ikut Abg Bob pi kuar dari KL..cari idea. Ceeeheeeh melampau ! Ni amik kesempatan namanye HAHAHA ^_^
No comments:
Post a Comment