Seharian aku menangis atas keputusan bodoh aku ini, tapi aku terpaksa. Aku tiada jalan lain lagi,hanya ini. Berpisah dengan mereka, meninggalkan dunia teater aku. Harap-harap akan ada balasan yang berbaloi satu hari nanti.
Aku rasa aku kuat , laptop langsung aku tak sentuh .. Blackberry pon aku tak pasang-pasang lagi battery dia. Aku rasa happy tanpa berkomunikasi dengan dunia luar.
Aku sibukkan diri dengan menonton TV. Entah cerita apa,layankan saja.
Kalau sebelum ini setiap malam aku nampak bulan bintang, mulai hari ini setiap malam aku nampak Aaron Aziz dan Nadiya Nissa. Haa betullah tu, Adam Hawa . Addicted dah , gigih cari dekat Internet episod yang aku terlepas . Dah episod 31 , 40 lebih lagi ada tak silap aku . Sebab dia ada 80 episod , yeay .
Dan kerana cerita ni, aku akan menanti malam.
No comments:
Post a Comment