Syukur Alhamdulillah aku masih kuat *aku rasa je*
Hari ni aku bangun awal pagi .. seperti biasa mengemas rumah yang tak pernah nampak kemas .. ramai sangat penghuni .. kemas macam mana pon still nampak sepah .. tambah dengan 3 ekor kucing yang tak makan saman..lagila nampak tak kemas rumah ni ..
Hari ini hari terakhir show Ratna Kadhal.. aku banyak google pasal Ratna Kadhal..sebab aku tak mampu untuk terus ignore dunia teater aku.. bila aku google..syukur alhamdulillah mereka berjaya :) .. Review semua positive..aku bersyukur sangat..walaupun aku tiada bersama mereka..tapi semangat aku ada disana..harap mereka terima semangat aku itu .
Ermmm hati aku seperti menerima getaran doa dari mereka agar aku cepat ubah keputusan..hmm tidak semudah itu barangkali..tapi aku yakin ALLAH terima doa mereka..cuma dia belum ingin gerakkan aku kesana...
SAHABAT
Aku ada terbaca blog GEI aku (SITI NASIHAH ZULKUPLY) .. ya sahabat aku rindukan saat itu..aku rindukan kau..dan aku rindukan nasihat kau juga..walaupun kita masing2 failed dalam kisah hidup kita..tapi kita selalu mcuba utk baiki hidup antara kita.. maafkan aku sahabat, pada ketika ini aku masih belum mampu untuk berhubung dengan kau...aku masih sakit dihati..di minda..segala pelusuk diri ini..
Sahabat aku yakin kau kenal aku , sejauh mana aku pergi dari kau..aku tetap akan kembali pada kau..terima kasih sahabat kerana masih berada disitu buat aku .. mungkin pabila kau baca entry ni kita sudah lama tidak berhubung..atau kita sudah jadi seperti biasa ? Entahlah .. aku tak dapat ramal apa akan terjadi esok atau lusa..
Sahabat..yakinlah..darah kita dah lama bersatu..sakitnya kau..sakitlah aku..aku tahu hari ini kau sedang sakit..atas berita pernikahan dia..sahabat kau tahu kan aku dah lalui semua ini..aku tahu rasa pedih dihati..kau datanglah kerumah sahabat jika kau perlukan aku..pintu rumah aku sentiasa terbuka untuk kau..aku yakin banyak benda kita ingin kongsikan..
9 MINGGU LAGI
Insya'allah jika tiada aral melintang..9 minggu lagi aku akan menerima seorang anak buah..anak buah aku sendiri..selama ni anak sepupu aku..kali ini akak aku sendiri akan melahirkan anak buat pertama kalinya..dan aku sangat excited menanti kehadiran bayi itu..Doktor kata perempuan..syukur,aku tak kisah jantina sebenarnya..
Aku berjanji akan menjadi MICHU yang terbaik untuk dia..
ps : aku harap sifat pemalas mak bapak dia tak berjangkit dekat dia..heehikss :)
Okelaah...tak tahu nak tulis apa lagi..jumpa esok :)
No comments:
Post a Comment