05 November 2010

FANTASIKU :)

Hari ini aku pulang lewat ke rumah .. entah apa masalah LRT hari ini aku tak pasti . Suka hati dia nak stuck , pastu kejap2 kena turun tunggu next train . Dia fikir masa aku untuk tukar train je ? Aku naik train untuk cepat tapi jadi lambat , lambat dari KTM pulak hah ! Ermm tak faham aku .

Tapi dalam marah-marah aku dalam train tadi , aku terpandang seseorang yang mampu buat hati aku terdiam . Aku pandang dia tanpa berkelip , apa ada pada dia ? Setahu aku , aku suka lelaki tinggi , tegap , kacak bergaya .. tapi lelaki yang aku pandang dan tenangkan kemarahan aku dalam diam ni tak macam tu pun .. yerla tinggi tapi tak tegap .. erti kata lain .. macam aku je pon . Ehh dia pandang aku , terus aku buat-buat tengok HP . Pandai tak aku cover ? Siap aku sempat snap gambar dia .. hee buat wallpaper HP . So hari2 boleh tengok dia , walaupun aku tak tahu siapa dia .

Balik rumah , aku on FB .. cerita dekat kawan-kawan .. dorang cakap kenapa dengan aku punya taste tiba2 berubah ? Dorang suruh aku tengok gambar tu lagi sampai aku tersedar . Aku tengok dan terus tengok , apa yang pasti hati aku semakin ingin mengenali dia. Aku sangat ingin mengenali dia , aku pelik kenapa dia mampu buat aku terdiam terpaku melihat dia tadi ? Aku biarkan persoalan itu bermain2 di minda , aku terus tidur.

Bangun pagi aku terus bergegas untuk ke LRT , harapan aku untuk bertemu dia . Begitu juga sewaktu ingin pulang,berbulan-bulan aku berkelakuan begitu..tidak juga aku bertemu dengan dia lagi.Ermm mungkin dia bukan orang sini ? Entahlah hati aku kusut , selamat ada gambar sebagai hiasan . Kawan2 yang tengok aku semakin buntu,menyuruh aku letak gambar dia di FB dan BLOG , So siapa2 yang kenal boleh bagitahu yang aku sangat ingin mengenali dia.

Aku tak tahu kenapa aku boleh berubah hanya dengan sekilas pandangan aku pada dia , berbulan hidup solo dan menanti yang tak pasti . Kalau tak aku sehari tak de orang nak sayang , aku boleh melenting . Inikan dah berbulan,lelaki itu betul2 buat aku berubah kerana itu aku sangat ingin bertemu dia. Kawan2 suruh aku cari lain yang macam dia , bukan aku tak cuba berkali2 aku cuba .. kalau tengok dekat FB aku mana dah ada lelaki ensem..tapi semua tak dapat lakukan apa yang lelaki tu lakukan pada aku. Walaupun ada yang caring sangat dekat aku,tidak sama dengan lelaki di LRT itu.

Suatu hari , cuti semester aku seperti biasa menghabiskan masa di tempat kerja . Dah lama tak masuk kerja , bila aku masuk je dekat office nak sign attendance .. Betapa terkejutnya aku,manager baru aku adalah lelaki yang aku tunggu selama ini. Aku terus tersenyum didepan pintu tanpa menghiraukan rakan sekerja dibelakang. Dia senyum padaku dan tanya sama ada aku staf baru atau lama . Aku hanya berdiam diri tidak membalas walau sepatah. Hanya dengan senyuman aku , dan senyuman yang dia berikan mampu buat hidup aku kembali ceria.

Aku menjalankan tugas aku , tiba2 dia ajak breakfast . Aku tercengang , malah staf lain juga tercengang.Aku baru pertama kali masuk waktu dia bertugas dah dia ajak breakfast ? Rezeki jangan ditolak , waktu di kedai makan . Aku berdiam diri . Begitu juga dia . Tiba2 HP aku berbunyi , aku cari dalam beg tajumpe .. tapi aku pasti HP aku dalam beg.Hahhh! Mana ni..perkara yang tak djangka berlaku,HP aku keluar dari poket dia..dan deringan telefon berbunyi.Dia kembalikan HP pd aku dan cakap "savelah tu number I..u tinggal HP dalam opis tadi"..ahhh malunya aku. Bukan malu sebab cuai,tapi sebab wallpaper HP aku tu muka dia.

Aku tertunduk malu dan menjadi segan , nak bangun lagi segan . Dia teruskan berkata "tayah segan..I ok je..handsome I dalam tu..mana u amik?" .. Aku masih membisu , makanan sampai dan aku makan tanpa menjawab soalan dia tadi , macam2 dia bercerita ... sampai ada sesuatu yang buat aku tersentap hati ni "I takesah if u tanak bgtaw mn u dpt..xkesah jgk if u nak simpan pic tu,tapi I tunang orang" ... Aku terbehenti makan dan menangis didepan dia..bangun dan meninggalkan dia.

Aku pulang ke office , ambil barangan aku dan berlari pulang. Sungguh tak berbaloi penantian aku selama ini,dia adalah tunangan orang. Aku luahkan segalanya di FB . ramai yang menyokong aku . Aku menghabiskan cuti semester di rumah,aku tak mampu jejak kaki ke tempat kerja.Aku malu berdepan dengan dia.

Di hari terakhir cuti ku , aku menerima sms darinya "harap awak terima.." . Aku menjadi pelik,apa yang dia maksudkan? Malam selepas mahgrib, ada bunyi bising diluar rumah aku ..seseorang memberi salam. Ramainya, membawa dulang..aku menjadi tertanya2.. aku duduk diam didalam bilik , tiba2 Mama masuk beritahu mereka ingin meminangku buat anak terunanya . Mama menunjukkan gambar lelaki tersebut , dan itulah DIA lelaki FANTASIKU :)

Ps : ini hanyalah rekaan semata2, fantasi dalam diriku yang sedang bermain2 memaksa aku jadikan ia sebuah cerita.Tidak kena mengena dengan hidup ataupun yang telah tiada. Semoga terhibur.

No comments: