12 November 2010

Review : Filem ESTET

Estet sememangnya sebuah filem yang aku nantikan dari FFM tahun lepas lagi . Opening FFM tahun lepas dengan persembahan Estet membuatkan aku teruja untuk menontonnya. Apatah lagi bila berpeluang membaca first draft Script Estet ini . Apa yang aku bayangkan melalui skrip tersebut ternyata tidak berubah di dalam filemnya melainkan ada yang berbahasa Tamil . Hee mana aku faham pun if tulis Tamil .

Sebagaimana yang ditulis pada skrip , permulaan cerita dengan nyanyian juga tarian dari ramai penduduk 1 Malaysia di Estet telah buat satu panggung tertawa. Banyak luah rasa penonton yang ku dengar "wah bollywood sungguh.." . Walaupun filem arahan Mamat Khalid pada kali ini bukan yang terbaik dari dia , tapi filem ini cukup menghiburkan . Banyak teladan yang boleh dicontohi dari filem ini , kisah persahabatan , kekeluargaan dan yang penting 1 Malaysianya.

Sinematografi filem ini juga menarik , walaupun ada yang aku tak tahu kenapa perlu ada cahaya di tempat yang aku rasa xperlu. Haha oh ni aku kena belajar lagi . Penggunaan skrip yang tidak terlalu kolot , bahasa yang tidak terlampau extreme . Hehe .

Apa yang boleh aku katakan , penantian aku selama SETAHUN amat berbaloi dan sangat BERBALOI . Kepada yang belum tengok anda memang rugi , kerana panggung sekarang boleh2 nak kurangkan waktu tayangan Estet kerana Estet tak dapat sambutan tetapi sebenarnya Estet sangat Cool :)

No comments: