Assalamualaikum ,
Alhamdulillah . Aku berjaya menunaikan janji pada arwah abang bahawa aku tidak akan menangis lagi . Jadi aku enjoy moment aku dengan rakan2 #AkuManusiaBerdosa. Aku makin cinta akan mereka.
Aku gembira kerana aku dapat makan semeja , sekerusi , duduk gelak ketawa bersama bersama mereka semua. Disamping insan2 seni yang namanya yang cukup gah. Aku mula rasa aku hampir dengan impian aku dari kecil.
Banyak yang aku pelajari sejak Khamis lalu . Teater tu sendiri , lakonan , lontaran , perasaan ..pengcahayaan..pengurusan produksi/pentas .. aku gembira dapat lihat bagaimana mereka lakukan.. kerna aku yakin dengan diri aku sendiri..satu hari nanti insya'allah aku disitu :)
Aku risau Isnin nanti aku akan menangis kerna aku dah rasa kekeluargaan dari mereka terutama dari Abang Mi,Abang Pekin..Kak Mis..Kak Dira..dan semuaaaa :))
Wahai hati janganlah gelabah sangat nanti yer ? :)
ps : if ada prob utk praktikal dgn company besar tu..rela praktikal dgn produksi ini .
Assalamualaikum .
No comments:
Post a Comment