24 January 2012

Tamat Sudah #AkuManusiaBerdosa






(QUALITY GAMBAR DROP , SEBAB TAK RESIZE .. JADI UNTUK IMAGE CLEAR DI FACEBOOKLA YER? BANYAAAK LAGI)



Assalamualaikum ,

Hari ni 24 Jan 2012 , hari yang kosong buat aku . Aku tidak lagi bersama insan2 yang aku cinta . Aku keseorangan .. sebenarnya ini moment yang paling aku benci bila aku terpaksa menghadapi saat perpisahan. Ya,aku akui ini bukan pengakhiran kerana kami baru bermula . Jujur aku katakan,niat aku nak sertai produksi ini pada awalnya hanya kerana abang tersayang Pekin Ibrahim. Masuk 4tahun tidak bertemu, keadaan memaksa aku untuk hadir jugak ke show ini. Nak hadir sebagai penonton , aku nak dapat RM10 pon belum tentu mudah. Aku berdoa dan berdoa hingga mendapat akal ini , dan dengan izin Allah .. Faisal confirmkan aku as salah sorang crew. Aku bersyukur. Terima kasih Allah , Terima kasih Faisal .

Hari pertama berjumpa mereka , 19 Jan 2012 . Aku seperti biasa membawa diri "Fatimah Shoib" .. malu,pendiam,tak banyak cakap .. hanya berkepit dengan abang Pekin semata2.. kerana aku tak mengenali mereka dengan baik . Pada hari pertama saja , aku dapat belajar banyak perkara .

Hari kedua , show pertama . Perkara pertama yg tlintas dlm otak aku .. woww,show ni tak sama dgn full dress semalam . Bukan ker teater tu kena sama setiap malam ? Okay aku salah . Tak semestinya ia akan jadi sama , kerana dalam teater diatas pentas itu adalah "mereka" . Matinya seorang penulis,matinya seorang pengarah .

Hari ketiga , aku dah mula risau untuk menghadapi Isnin . Sangat risau , sebab aku dapat rasakan aku dah mula manja dengan crew lain . Aku dah mula manja dengan Kak Dira..buat Kak Dira milo..heehiks. Tak pernah aku terfikir utk berada disitu bersama nama "legend" dan kami semua bertindak sebagai satu keluarga. There re no gap between us , tiada rasa spt "aku artis..". Itulah sebenarnya ramai artis patut pegang,ini tidak baru satu dua drama .. dah perangai hanjeeeng ! Hik2.

Hari Ke-empat , hari yg dingin utk aku .. sebab hadirnya seseorang yg aku rasa tak patut hadir . Api cemburu mbuak2 .. tapi aku kembali ke alam nyata .. mereka fans . Jadi tak salah,biarlah.. aku tak patut wujudkan rasa cemburu tu sebenarnya . Hari ni juga aku wat video bufday utk kawan aku , Hana . Hope dia sukala kan? Hik2 . Hari ni parah sikit sebab aku jatuh waktu nak balik..lukaaaa..darah menitik2..haha..sedihh kan?

Hari terakhir .. kami semakin rapat..bagaikan satu keluarga besar ... kami byk habiskan masa bersama..posing2..dan urghh akuu tahu aku sgt2 manja dgn abang , along , Jubang .. kerna aku dah lama tak rasa kasih dari lelaki . Aku sayangkan mereka , dan aku arap aku tak perlu tunggu 4 atau 5tahun lagi utk bertemu dgn Abang .

Dan hari ini .. aku rindukan mereka semua .

Assalamualaikum , masa utk tumpukan phatian dgn praktikal . Ape citer la ni jah ? Offer letter xdpt2..erghh

No comments: