Assalamualaikum ,
CERITA DIBAWAH ADALAH MIMPI YANG DI OLAH DALAM SATU PENULISAN . TIDAK KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAUPUN YANG TELAH MATI.
SEBARANG PERSAMAAN ADALAH DENGAN TIDAK DISENGAJAKAN.
HAHAHA DAH MACAM FILEM . OKLAH :)
*********************************************************************
"Wehh. Aku mintak maaf. Tolonglah kali ni je aku mintak tolong kau. Aku terdesak sangat-sangat. Aku perlukan duit tu." yakin sang sahabat bersuara untuk mendapatkan duit yang sememangnya tidak berada di tanganku.
"Kau nak wat ape dgn duit banyak tu? Please weh.. aku makan pon tak betul. Inikan nak mempunyai duit sebanyak tu? Mana akal logik kau.?" Aku bersuara dengan nada rendah tapi tegas.
"Aku..aku..aku." si dia gagap untuk menjelaskan hal sebenar.
"Aku apa?" tak sengaja aku menengking dia.
"Aku mengandung anak dia.. aku nak gugurkan. Aku perlukan wang tu untuk gugurkan dia. Aku belum bersedia." sayu dia bersuara.
Aku yang berdiri tegak didepannya terus terduduk dengan penuh slow motion. Air mata menitik kerana perkara ini langsung aku tak sangka akan terjadi.
"Astaghfirullah-al-azim . Kau tahu tak apa kau dah buat ni weh?"
"Kau tahu tak hubungan kau dengan dia belum sah. Dan sekarang kau nak bunuh anak dalam kandungan kau yang tak bersalah?" Aku tak dapat berhenti dari membebel. Si dia terus menangisi keadaannya.
"Tak guna kau menangis. Mana dia cinta sejati kau? Dah mengandung ni kemana dia pergi? Cari rezeki buat anak bini? Ha Ha Ha .. aku berani kerat jari kalau betul dia lakukan tu." ejek aku kepadanya.
"Weh ! Kau tak ada hak untuk berkata begitu terhadap dia. Seburuk-buruk dia , dia merupakan bakal suami aku dan ayah kepada anak dalam kandungan aku." sang sahabat bersuara lantang.
" Wahai sahabat, bodohlah aku kalau bersubahat dengan kau untuk gugurkan kandungan kau. Dia tidak bersalah dan dia harus teruskan kehidupan dia, yang patut mati tu adalah kau dan jantan tak berguna tu. Ha Ha Ha sejahat-jahat aku, belum pernah terniat dihati aku untuk buat hubungan terkutuk dengan lelaki yang bukan suami aku."
" Berapa kali aku nak cakap dekat kau bahawa lelaki yang baik , calon suami yang baik , dia tidak akan dan tak pernah menyentuh gadis pilihannya sebelum berkahwinan walaupun untuk bersalam. "
"Kau yakin sangat dia baik. Baca Quran hari-hari tak bermakna dia dah cukup alim untuk kau, tak bermakna dia terus layak untuk kau. Kalau dia baca Quran tu tanpa penghayatan maka samalah dia dengan lelaki lain. Kalau dia solat,tanpa memahami erti surah Al-Fatihah, sebenarnya dia tak faham apa yang dia lakukan. Dan kerana itulah perkara terkutuk ini terjadi antara kau dan dia. Kalau pon kau rasa dia memang baik dan alim, dia sepatutnya minta maaf dengan kau setelah apa yang terjadi dan segera menikahi kau. Bukan suruh kau gugurkan kandungan tu."
"Aku sendiri rela malam tu. Perasaan aku terbuai-buai apabila dia memetik gitar akustiknya. Dengan alunan lagu Selamat Malam Sayang, aku bagaikan dipukau. Apa yang aku sedar, bangun pagi aku dalam pelukan dia dan weh percayalah aku sangat bahagia pagi tu. Pelukan dia yang hangat dan membahagiakan aku." Sang Sahabat bercerita dengan tangisan yang belum berhenti.
"Ya Allah, kau fikirkan hangatnya pelukan dia? Kau tak pernah terfikir akan hangatnya api neraka? Mesti kau tak fikir,kalau kau fikir jangan cakap peluk nak salam pon kau tak sanggup. Ha Ha Ha , aku sangat kecewa dengan kau . Aku sedih . Aku rasa aku bukan kawan yang baik sebab kau jadi macam ni , orang kata kawan jadi jahat sebab pengaruh kawan . Mungkin aku tak cukup baik sampai kau jadi macam ni. Aku tanak di katakan bersubahat dengan kau. Maafkan aku. Kalau kau jaga anak kau sampai dia lahir dan kau berkahwin dengan jantan tu ataupun lelaki lain baru kau cari aku kembali. Bukan niat aku nak tinggalkan kau terkapai-kapai disini , tapi aku nak kau rasa sendiri apa yang telah kau lakukan selama ni . Kebahagiaan kau kan? Ini sebenarnya yang kau mahukan."
*************************************************************
ALLAH HU AKBAR 2X
Zaaap azan subuh ! Pergh itulah dia mimpi ku . Aku pon tak tahu siapa sahabat tu. Samar-samar je rupa dia.
Okay Assalamualaikum .
pesanan penaja : Baik Single sampai jumpe yang betul2 supernova . Hik2
No comments:
Post a Comment