19 March 2009

Terjumpe karya ku =)

Tadi aku jalan2 dekat blogspot sana sini dan merata2
tibe2 satu blog ni..
sememangnye aku takenal siapa tuannye
memaparkan sgala penulisan jiwangku
sedih dan dukaku
yang pernah aku submit pada K.J.L
ermmm aku xmarah sbb dia credit to aku
and siap ckp untung if dpt kenal aku
tapi siapakah dia?
Ni antara karya aku yg ada kat blog dia..
rAsanya ade yg dia x amik gak kot?


*****************************************************************
Sahabat Dan Cinta

Dia sahabat telah menemukan aku
Dengan Cinta di bawah satu sinaran
Dia sahabat telah memberi aku
Kebahagiaan yang tak terhingga..
Adanya Cinta dalam hidup aku
Merempuh segala onak duri bersama
Makin hari Cinta berubah..
Cinta tak seperti dulu..
Sahabat yang ku cari..
Meluahkan segalanya..
Sahabat menasihati diriku..
Dan pada suatu malam..
Sahabat dan Cinta gembira berjalan bersama berpelukkan..
Kini ku tahu apa sebenarnya yang terjadi..
Sahabat kini bukan lagi Sahabat..
Cinta tak mungkin dapat menjadi Sahabat jua..
Kerana sahabat aku gembira..
Kerana sahabat aku kecewa..


*****************************************************************

SANDIWARA

Cukuplah sudah
Sampai disini saja
Aku tak mampu lagi
Melayan sandiwaramu

Aku tabik dengan sandiwaramu
Namun sampai bilakah lagi
Kau ingin bersandiwara begini
Aku tak mampu lagi

Katakan saja
Kau tidak pernah sayangi aku
Pandanglah tepat ke mataku
Dan katakan saja

Hentikan sandiwaramu
Jujurlah dalam hubungan
Pergilah padanya
Jika aku bukan pilihanmu

Pergilah kau pergi
Lebih baik kau pergi
Dari terus bersandiwara
Aku tak mampu lagi

Tidakkah kau terasa
Kau telah buat ku kecewa
Hentikan sandiwaramu
Dan pergilah kau kepadanya

Jangan kau tagih lagi
Cinta dan sayang dariku
Cukuplah selama ini
Kau buat ku kecewa



*****************************************************************

KERNA KAU

Kerna kau aku gembira
Kerna kau aku bahagia
Kerna kau aku derita
Kerna kau aku sengsara

Kerna kau aku ketawa
Kerna kau aku menangis
Kerna kau aku kecewa
Kerna kau aku cemburu

Kerna kau aku demam
Kerna kau aku malas
Kerna kau aku rajin
Kerna kau aku gila

Oh semuanya kerna kau
Apa saja kerna kau
Ada apa dengan kau
Sila berambus dari hidup aku

*****************************************************************

dan ni paling baru kot..cepat je dia update
K.J.L pon belum update yang ni..isk2!!

Parut Berdarah Kembali

Luka,Pedih dan Perit..
Kau hancurkan hatiku..
Lukanya meninggalkan parut..
Si dia datang merawat luka..
Si dia mengisi hatiku
Dengan pelbagai warna..
Sehingga parut tidak kelihatan
Hatiku kembali Merah..
Tiba2..kau hadir..
Memohon untuk menunaikan janji dahulu..
Aku terima dan meninggalkan si dia..
Kini aku bersama kau..
Namun aku pelik..
Kenapa hatiku tidak merah lagi?
Bila aku bersama kau..
Hati aku seakan sakit
Terlalu sakit..
Walau kau belai aku dengan penuh kasih sayang...
Tapii aku rasaa ia tidak sama seperti dulu..
Dan ternyata..
makin lama aku dengan kau..
parut yang kau beri satu masa dulu
Berdarah kembali..
Apakah nasibku??
Adakah aku hanya layak untuk dicintai dan terus dipermainkan?
Dan pada si dia..
Maafkan aku..
aku tak mintak kau kembali
Tapi ku pinta kau maafkan aku

2 comments:

Edzlin said...

suka baca Parut Berdarah Kembali. saje. pandai kamu berkarya ya. bagus2

Madkin's Babyy said...

apa blog dia , nak ushaa babe ;DD

bila nak lepakk nih .
meh dtg tmpt aku keje . haha ;DD